PRN Melaka: BN tetap ada rundingan dengan PN – Rauf

BARISAN Nasional (BN) tetap akan mengadakan rundingan dengan Perikatan Nasional (PN)  bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka walaupun Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (Ros) telah menggantung kegiatan gabungan itu serta merta.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab.Rauf Yusoh berkata, kedudukan PN yang dianggotai Pas, Wawasan, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), buat masa ini tidak memberi kesan terhadap hala tuju BN, kerana rundingan politik tetap dilaksanakan secara rasmi.

Katanya, BN tidak akan membuat sebarang keputusan berdasarkan perkembangan semasa membabitkan PN, sebaliknya menunggu proses rundingan sebelum menentukan bentuk kerjasama yang bakal dijalin.

“PN sebagai suatu perikatan dalam sebuah parti politik yang bergabung di bawahnya, kalau tidak pun parti politik (lain dalam PN) tetap ada juga,” katanya selepas menghadiri Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka 2026 di Banda Hilir, hari ini.

Ab.Rauf berkta, rundingan rasmi bergantung kepada  pucuk pimpinan BN

“Jangkaan mula rundingan apabila nanti saya menerima panggilan daripada WTC (World Trade Center). Pasti ada , tak semestinya minggu depan, mungkin esok, mungkin malam ini, saya tak tahu. Rundingan tetap pasti ada dalam tempoh (terdekat) ini,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here