22 cedera akibat letupan mercun di Kulim

SAMBUTAN Deepavali di Paya Besar, Kulim, Kedah bertukar kecoh selepas sebuah bekas simpanan mercun dikatakan meletup ketika pertunjukan bunga api tengah malam tadi.

Berikutan itu, 22 individu cedera termasuk seorang daripadanya mengalami kecederaan di kepala dipercayai terkena serpihan akibat letupan mercun ketika menyaksikan pertunjukan bunga api di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 12.45 tengah malam tadi.

Beliau berkata, anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) di hantar ke lokasi.

“Apabila pasukan bantuan sampai di tempat kejadian didapati orang ramai berkumpul dan terdapat sebahagian orang ramai yang cedera akibat mercun yang dibakar meletup.

“Berikutan itu, dua ambulans sampai ke tempat kejadian dan memberi bantuan awal kepada seorang pesakit yang didapati luka di kepala manakala yang lain mengalami luka kecil akibat terkena belerang,” katanya, lapor Berita Harian Online.

Zulkifli berkata, anggota polis berjaya mengawal keadaan lalu lintas dan orang ramai bersurai selepas ambulans membawa pesakit ke Hospital Kulim.

Beliau berkata, pegawai penyiasat polis kemudian pergi ke Hospital Kulim dan menemui semua mangsa seramai 22 mangsa.

“Bagaimanapun, hanya seorang mangsa lelaki mengalami kecederaan serius di dahi iaitu luka kira-kira lima sentimeter manakala mangsa yang lain hanya luka kecil terkena belerang di badan dan tangan.

Zulkifli berkata, tempat kejadian itu dapat dikawal oleh MPV dan Trafik kira-kira jam 1.30 pagi.


 

UNDILAH

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img