PM ucap tahniah kejayaan Eain Yow, Sivasangari pertahan emas skuasy

DATUK Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Ng Eain Yow dan S. Sivasangari selepas kedua-duanya berjaya mempertahankan pingat emas acara perseorangan skuasy pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.

Perdana Menteri berkata, pencapaian itu bukan sahaja membanggakan negara, malah mencipta sejarah apabila kejayaan berkenaan turut membawa Malaysia memperoleh tiket automatik ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, kedua-dua pemain negara itu mengulangi pencapaian yang dicapai pada Sukan Asia Hangzhou empat tahun lalu.

“Empat tahun lalu di Hangzhou, emas menjadi milik mereka.

“Hari ini, kedua-duanya mengulangi kejayaan yang sama, sekali gus mencipta sejarah apabila mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028, yang bakal menyaksikan penampilan sulung sukan skuasy di pentas Olimpik,” katanya dalam hantaran itu.

Dalam aksi final perseorangan lelaki, Eain Yow menewaskan wakil India, Abhay Singh, dengan keputusan 11-9, 11-5, 11-5 di Arena Nagoya Kinjo Futo.

Sivasangari pula mengekalkan kejuaraan perseorangan wanita selepas menundukkan pemain India yang berada di ranking ke-17 dunia, Anahat Singh, 11-4, 11-4, 11-7.

Kejayaan kedua-dua atlet negara itu sekali gus mengesahkan kelayakan automatik Malaysia ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028, yang akan menjadi penampilan pertama skuasy dalam temasya Olimpik.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here