Ahli keluarga, rakan terdekat beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

KEDIAMAN bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di The Mines, Seri Kembangan dipenuhi ahli keluarga dan rakan terdekat yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Suasana hiba menyelubungi kediaman berkenaan apabila anak-anak dan cucu berkumpul bersama ahli keluarga, selain mengadakan bacaan surah Yasin bagi mendoakan Allahyarham.

Antara yang kelihatan, anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Marina Mahathir.

Beberapa pemimpin politik dan kenalan rapat keluarga turut dilihat hadir, antaranya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil; Bekas Speaker Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

DATUK Seri Fahmi Fadzil menziarahi jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di kediamannya di The Mines, Seri Kembangan hari ini. GAMBAR: Nurul Shafina Jemenon

Jenazah Allahyarham dijadual dibawa ke Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah sekitar jam 2.30 petang.

Pengurusan jenazah dijadual berlangsung selepas itu, diikuti bacaan Yasin dan penghormatan terakhir yang akan bermula pada jam 3 hingga 4 petang.

TAN Sri Rais Yatim dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara pemimpin dan rakan terdekat yang dilihat hadir menziarahi jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di kediamannya di The Mines, Seri Kembangan hari ini. GAMBAR: Nurul Shafina Jemenon

Solat Asar dan solat jenazah dijadual dilaksanakan pada jam 4.15 petang sebelum jenazah dibawa ke Pusara Negara di Presint 20, Putrajaya pada jam 4.30 petang untuk dikebumikan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here