Warga emas maut dihempap tiang syarikat utiliti tumbang

SEORANGB  lelaki warga emas maut akibat dihempap tiang syarikat utiliti yang tumbang dalam kejadian di Felda Jelai, Tampin hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata kejadian melibatkan sebuah motosikal ditunggang mangsa berusia 61 tahun dan lori treler dipandu lelaki berusia 40 tahun.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Feldai Jelai 3 menuju ke Klinik Kesihatan Felda Jelai manakala lori berkenaan dipercayai sedang keluar dari simpang tiga dari arah Felda Jelai 4.

“Semasa lori tersebut keluar dari simpang berkenaan, kabel utiliti dipercayai tersangkut pada kenderaan tersebut menyebabkan tiang di bahu jalan bertentangan tumbang lalu menimpa penunggang motosikal berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Felda Jelai manakala pemandu lori treler ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here