POLIS mengesahkan menerima laporan berhubung kes amang seksual membabitkan seorang lelaki warga tempatan terhadap remaja lelaki berusia 14 tahun di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia, Cheras, Kuala Lumpur.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Lim Chun How berkata, laporan berhubung kejadian itu dibuat ibu mangsa pada 29 September lalu.
“Kes berkenaan membabitkan dakwaan perbuatan cabul terhadap anaknya oleh seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40-an.
“Kes berkenaan disiasat Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan, hari ini.





