Pekerja penghantaran didakwa cederakan teman wanita

SEORANG pekerja penghantaran didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap teman wanitanya, bulan lalu.

Muhammad Jaafar, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap wanita berusia 40 tahun di Jalan Pulau Gadong, Klebang Besar, kira-kira jam 11 pagi, 16 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya S Thiviya menawarkan jaminan RM10,000 berserta syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Muhammad Izzuddin Ab Malek memohon jaminan lebih rendah dengan alasan tertuduh seorang duda yang bekerja sebagai penghantar barang dan menanggung dua anak.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM6,000 dengan dua penjamin berserta syarat yang dipohon pihak pendakwaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan pada 28 Oktober ini bagi lantikan peguam dan serahan dokumen, lapor Harian Metro.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here