Penunggang motosikal maut rempuh kereta buat pusingan U

SEORANG penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas merempuh kereta yang membuat pusingan U di Kilometer 45 Jalan Klang-Teluk Intan, di Kuala Selangor, malam tadi.

Dalam nahas kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa lelaki berusia 30 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki berusia 48 tahun dari arah Pasir Penambang menghala ke Kuala Selangor.

Katanya, mangsa pula dalam perjalanan ke Tanjong Karang.

“Setibanya di lokasi, pemandu kereta dipercayai sedang membuat pusingan U sebelum motosikal yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu melanggar bahagian hadapan sebelah kiri kereta berkenaan.

“Impak pelanggaran mengakibatkan penunggang motosikal tercampak ke bahu kiri jalan dan meninggal dunia,” katanya lapor Buletin TV3.

Azaharudin berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here