Lelaki maut dipukul adik sakit mental guna tukul

SEORANG  maut selepas dipercayai dipukul menggunakan tukul oleh adiknya yang mempunyai masalah mental, dalam kejadian di Kampung Tasek, Marang, hari ini.

Mangsa Mohd Nasir Ismail, 43, yang merupakan anak sulung daripada sembilan adik-beradik, dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala dalam kejadian itu.

Ibu mangsa Hasnah Sulong, 63, berkata dia masih terkejut dengan kejadian itu.

Katanya, ketika kejadian dia berada di ruang tamu rumah, sebelum terdengar jeritan dari bahagian hujung rumah, diikuti bunyi seperti seseorang dipukul.

“Saya terus memanggil suami Ismail Ibrahim, 80, yang ketika itu berada di luar rumah. Apabila masuk ke dalam rumah, dia nampak Nasir sudah berlumuran darah dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya  lapor Bernama.ketika ditemui di kediamannya.

Hasnah berkata anak keduanya, Affendi, 42, yang mempunyai masalah kesihatan mental, disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan.

Dia berkata seorang lagi anaknya Rurazmiza, 36, turut cedera pada bahagian belakang, akibat dipukul menggunakan tukul ketika cuba meleraikan kejadian itu.

“Rurazmia cuba masuk untuk meleraikan kejadian, tetapi dia turut mengalami kecederaan akibat dipukul,” katanya.

Hasnah yang pernah mengalami strok berkata kejadian itu, mengingatkannya kepada insiden kira-kira 12 tahun lepas apabila suaminya pernah ditikam oleh anak yang sama.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak menghalang keluarga berkenaan daripada terus menjaga dan tinggal bersama dengan suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang Supt Saari Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here