Anwar,Putera Salman bincang ikhtiar kukuh hubungan Malaysia-Bahrain

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa hari ini memanfaatkan pertemuan untuk membincangkan ikhtiar memperkukuh hubungan Malaysia dan Bahrain.

Anwar berkata, ia termasuk mempercepat rundingan pegawai kanan bagi menggerakkan Jawatankuasa Bersama Peringkat Tinggi serta memacu agenda dua hala secara strategik.

‘’Seiring aspirasi Ekonomi MADANI dan Wawasan Ekonomi Bahrain 2030, kami bertekad memperluas kerjasama dalam bidang kesihatan, kewangan Islam, teknologi, pelancongan, keterjaminan makanan, kecerdasan buatan, keselamatan siber dan pembuatan pintar,’’ katanya.

Perdana Menteri mengalu-alukan  keberangkatan Putera Salman ke Malaysia sempena Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026.

Melalui Faceboo beliau, Anwar berkata, Malaysia mengalu-alukan pelaburan Bahrain, sementara syarikat Malaysia bersedia memanfaatkan Bahrain sebagai pintu masuk ke pasaran Majlis Kerjasama Teluk (GCC), demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Perdana Menteri menzahirkan penghargaan atas dukungan Bahrain dan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) yang memungkinkan kembalinya F1 ke Sepang buat kali pertama sejak 2017.

‘’Penghargaan juga kepada Bahrain International Circuit, Sepang International Circuit dan Kementerian Belia dan Sukan atas kerjasama erat sejak Julai lalu, hingga persiapan perlumbaan ini berjaya disempurnakan dalam tempoh singkat,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here