Harga Petrol RON97,RON95 tanpa subsidi naik 15 sen mulai esok

HARGA runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi naik 15 sen seliter mulai esok, manakala harga diesel tanpa subsidi kekal tidak berubah.

Kementerian Kewangan mengumumkan berkata harga RON97 dikemaskini kepada RM5.15 seliter, manakala harga RON95 tanpa subsidi dikemaskini kepada RM4.67 seliter, bagi tempoh 8 Oktober hingga 14 Oktober.

Harga diesel tanpa subsidi kekal pada harga RM5.27 seliter.

“Walaupun aliran minyak mentah dari Asia Barat semakin pulih, harga minyak mentah dunia kekal tinggi. Sepanjang tempoh pengiraan APM (Automatic Pricing Mechanism), harga minyak mentah Brent masih berlegar sekitar USD100 setong.

“Tekanan harga kini semakin tertumpu pada produk petroleum bertapis. China menggantung sebahagian besar eksport bahan api bagi Oktober, sekali gus mengehadkan bekalan di pasaran antarabangsa,” menurut kenyataan.

Di sebalik kenaikan ini,  kata kenyataan itu penerima BUDI95 terus membayar RM1.99 seliter, manakala BUDI Diesel terus membayar RM2.10 seliter.

‘’Harga petrol menerusi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi dan harga diesel menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi masing-masing kekal, iaitu RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

“Walaupun bekalan bahan api negara kekal mencukupi buat masa ini, kerajaan menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat. Perancangan perjalanan yang lebih cekap serta pengurangan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi,’’ kata kenyataan berkenaan.

Bagi melindungi rakyat,  kata Kementerian Kewangan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM2.68 seliter bagi BUDI95, bersamaan 57% daripada harga tanpa subsidi; dan subsidi sebanyak RM3.17 seliter bagi BUDI Diesel, atau 60% daripada harga tanpa subsidi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here