MP Padang Rengas dikejarkan ke IJN selepas berpeluh ketika sidang Parlimen

AHLI Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami keadaan tidak selesa dan berpeluh ketika mengikuti persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Pegawai khasnya, Norakmalina Abu Kassim berkata, pemeriksaan lanjut di IJN mendapati Azahari tidak mengalami serangan jantung dan kini berada dalam keadaan stabil.

Menurutnya, doktor menasihatkan Ahli Parlimen berkenaan supaya berehat selama 24 jam dan dijangka dibenarkan keluar dari hospital esok pagi.

“Kira-kira jam 12 tengah hari, YB mengadu berasa tidak selesa dan mula berpeluh.

“Beliau kemudian mendapatkan pemeriksaan awal di klinik Parlimen sebelum doktor memanggil ambulans untuk membawa beliau ke IJN,” katanya ketika dihubungi, lapor Sinar Harian.

Norakmalina berkata, tiada perkara serius dilaporkan selepas pemeriksaan lanjut dijalankan di IJN.

Kejadian itu berlaku sehari selepas Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, turut dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Pejabat Ahli Parlimen Machang sebelum ini memaklumkan, beliau dimasukkan ke wad bagi menjalani rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil, selain dinasihatkan berehat sehingga pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun, punca beliau dikejarkan ke hospital tidak diperincikan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here