Mekanik Bangladesh mengaku tidak bersalah bantu penyeludupan 31 migran

SEORANG mekanik warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan memberi sokongan material kepada aktiviti penyeludupan 31 migran senegara dengan menyediakan makanan kepada mereka, bulan lalu.

Mohammad Jony Sheikh, 43, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah unit kediaman di Jalan Sentul Perdana, kira-kira jam 4.30 petang pada 10 September lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 26I(1) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun serta boleh dikenakan denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, lapor Bernama.

Timbalan Pendakwa Raya Zarris Sofea Zainudin tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana kes berkenaan membabitkan kesalahan keselamatan yang tertakluk di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Bagaimanapun, peguam S Vikneshwaran yang mewakili tertuduh memohon supaya anak guamnya dibenarkan diikat jamin.

Hakim Muhammad Ilmami Ahmad kemudian memutuskan bahawa tertuduh tidak dibenarkan mendapat jaminan dan menetapkan 19 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here