‘’Selesaikan dulu tunggakan sebelum mahu sambung semula operasi’’ kata Anthony kepada MyEG

MyEG Services Bhd (MyEG) perlu melunaskan sepenuhnya tunggakan bayaran kepada kerajaan sebelum sebarang permohonan untuk menyambung semula operasinya boleh dipertimbangkan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata Kementerian Pengangkutan kekal dengan pendirian tegas bahawa tunggakan berkenaan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum permohonan berkaitan perkara itu diberi pertimbangan.

“Kita berpegang kepada apa yang telah dinyatakan sebelum ini. Kita sedang menunggu bayaran itu. Sebelum sebarang permohonan untuk menyambung semula operasi boleh dipertimbangkan, bayaran berkenaan perlu diselesaikan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Pemakluman Bayaran Kadar Khas bagi Rumah Ibadat dan Sekolah Bantuan Modal di Menara Perbadanan Aset Keretapi (RAC) di Kuala Lumpur.

Pada 5 Okt lepas, Loke memaklumkan perkhidmatan MyEG dan Zetrix AI Bhd sebagai ejen kutipan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) digantung selepas kedua-dua syarikat itu gagal menyerahkan hasil kutipan berjumlah RM314 juta kepada kerajaan bagi tempoh 19 Mei hingga 30 Sept.

Menurut Loke, tindakan itu diambil selepas kedua-dua syarikat berkenaan gagal melunaskan tunggakan terbabit walaupun 35 peringatan telah diberikan, selain beberapa siri libat urus diadakan oleh pihak berkuasa sejak Mei lepas.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here