Dua remaja ditahan lakukan aksi ‘wheelie’ di bandar Jerantut

SEORANG  penunggang dan pembonceng motosikal ditahan selepas dipercayai melakukan aksi “wheelie” dengan mengangkat tayar hadapan sebanyak dua kali di bandar Jerantut, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jerantut Superintenden Nor Azman Yusof berkata perbuatan dua remaja lelaki berusia 14 dan 15 tahun itu dikesan pada 12.25 tengah malam ketika polis menjalankan Ops Motosikal di hadapan sebuah pasar raya.

“Perbuatan itu dipercayai boleh membahayakan keselamatan penunggang, pembonceng dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam operasi itu, Nor Azman berkata sebanyak 42 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melibatkan motosikal di daerah itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here