Sultan Ibrahim dikurniakan darjah kebesaran awam tertinggi Jordan

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima Darjah Kebesaran Al Hussein Ibn Ali, iaitu darjah kebesaran awam tertinggi Kerajaan Jordan, dalam istiadat di Istana Negara hari ini.

Pengurniaan itu disempurnakan Raja Jordan, Raja Abdullah II di Dewan Seri Maharaja selepas kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata di Dewan Seri Negara.

Menurut Istana Diraja Hashemite, Darjah Kebesaran Al Hussein Ibn Ali dikurniakan kepada raja, putera dan ketua negara sebagai pengiktirafan terhadap kedudukan mereka.

Anugerah berkenaan turut menjadi antara darjah kebesaran diraja Jordan yang diberikan kepada tokoh terkemuka antarabangsa serta individu yang diiktiraf atas pencapaian dan sumbangan masing-masing.

Raja Abdullah II kini dalam rangka lawatan negara selama dua hari ke Malaysia yang bermula semalam atas jemputan Sultan Ibrahim, lapor Bernama.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here