Agong saksikan demonstrasi udara Sukhoi Su-57E diterbangkan Hero of Russia

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menyaksikan demonstrasi jet pejuang pelbagai peranan generasi kelima Sukhoi Su-57E yang diterbangkan juruterbang ujian terkenal Rusia, Sergei Bogdan yang juga penerima gelaran Hero of Russia.

Demonstrasi udara hampir tujuh minit di Lapangan Terbang Antarabangsa Zhukovsky, Moscow itu mempamerkan keupayaan teknologi ketenteraan moden Persekutuan Rusia, termasuk kecanggihan sistem radar dan kemampuan operasi pelbagai peranan yang dimiliki jet pejuang berkenaan.

GAMBAR: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

“Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai jet pejuang berkenaan, selain meluangkan masa melihat ruangan dalaman Su-57E sebaik ia mendarat selepas melakukan demonstrasi udara,” menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Bogdan, 64, ialah juruterbang ujian utama syarikat pengeluar pesawat Sukhoi sejak 2000 dan dikenali sebagai individu penting dalam program pembangunan pesawat tempur generasi kelima Rusia.

Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Timbalan Pengarah Perkhidmatan Persekutuan bagi Kerjasama Ketenteraan-Teknikal Rusia, Mikhail Petukhov.

Mengiringi Seri Paduka Baginda ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Duta Besar Malaysia ke Rusia, Datuk Cheong Loon Lai.

Sultan Ibrahim berangkat tiba di Moscow pada Rabu lalu atas undangan khas Kerajaan Rusia sebagai tetamu kehormat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan esok.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img