YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan atas jasa, pengorbanan serta komitmen tinggi warga ‘wira merah’ yang sentiasa bersedia mempertaruhkan nyawa demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara.

Sultan Ibrahim turut menzahirkan rasa bangga terhadap peranan penting JBPM dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan termasuk kebakaran, bencana alam serta operasi menyelamat.
Seri Paduka Baginda turut mendoakan agar semua pegawai dan anggota bomba sentiasa dilindungi serta dikurniakan keselamatan dalam melaksanakan tugas.
“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda.


