Tiga individu termasuk Tamim Dahri ditahan kes ceroboh, pecah patung kuil

TIGA individu termasuk seorang aktivis, Tamim Dahri ditahan bagi membantu siasatan kes khianat dengan memecahkan patung selepas menceroboh sebuah kuil di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, pada 6 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, polis menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang menyaksikan empat patung dilaporkan dipecahkan.

Menurutnya, semua suspek ditahan di Beranang, Selangor, kira-kira jam 11 pagi, Ahad lalu, sebelum direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

“Jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, ketiga-tiga individu itu difahamkan dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin.

Fadil berkata, kertas siasatan sudah diserahkan kepada Pejabat Pendakwaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.

Sebelum ini, media melaporkan penahanan aktivis kempen membantah kuil tidak sah, Tamim Dahri Abdul Razak bersama abangnya berhubung kejadian berkenaan.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here