Pesara wanita rugi RM42,580 diperdaya ‘ustaz’ mampu gandakan wang

SEORANG wanita warga emas kerugian RM42,580 selepas diperdaya lelaki yang menyamar sebagai ustaz dan mendakwa mampu menggandakan wang menerusi skim pelaburan, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata pesara berusia 71 tahun itu tertarik dengan iklan seorang ‘ustaz’ di Facebook pada jam 1.15 tengah hari, 7 Oktober lalu.

Menurutnya, mangsa meninggalkan nombor telefon bimbit di ruangan komen sebelum dihubungi suspek yang kemudian memintanya menghubungi seorang lagi individu yang didakwa sebagai tuan gurunya.

“Suspek kemudiannya meminta wanita warga emas itu menghubungi individu lain yang didakwa kononnya tuan gurunya bagi menyertai skim gandaan wang yang menawarkan pulangan RM300,000,” katanya.

Azli berkata, mangsa diarahkan membuat pembayaran bagi menyertai skim berkenaan sebelum memindahkan keseluruhan RM42,580 menerusi lima transaksi ke dalam empat akaun bank diberikan suspek.

Bagaimanapun, mangsa tidak menerima pulangan yang dijanjikan, malah diminta memindahkan RM50,000 ke dalam salah satu akaun bank peribadinya sendiri.

“Wanita itu mula curiga dan akhirnya menyedari dirinya sudah tertipu. Kali ini, pesara terbabit enggan menuruti arahan tersebut sebaliknya membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di Kuala Terengganu pada jam 11.06 malam, kelmarin,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here