Kereta dinaiki ke dalam sungai, dua lelaki terselamat

DUA lelaki kereta terselamat walaupun kereta dinaiki terbabas sebelum terjunam ke sungai berhampiran kawasan pembinaan jambatan baharu di Kilometer 33 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu (Sungai Kelong), Pasir Puteh, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kedua-dua lelaki berusia 30 dan 32 tahun sedang dalam perjalanan pulang dari Pasir Puteh ke rumah mereka di Kampung Masjid, Tumpat.

Bagaimanapun, Perodua Kelisa dinaiki mereka dipercayai terbabas selepas pemandunya tidak menyedari kewujudan lencongan jalan di kawasan pembinaan jambatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Saari Yaacob berkata, siasatan awal mendapati keadaan jalan yang gelap menjadi antara faktor menyebabkan kemalangan itu.

“Siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada keadaan gelap. Mangsa tidak mengetahui terdapat pembinaan jambatan baharu dan lencongan jalan di sebelah kanan sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya lapor Buletin TV3

Menurutnya, pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala penumpang mengalami luka pada kaki kanan.

Saari berkata, laporan polis berhubung kejadian itu dibuat oleh mangsa pada jam 3.13 petang tadi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here