Isteri orang ditahan bersama teman lelaki disyaki berkhalwat

SEORANG wanita berstatus isteri orang ditahan bersama teman lelakinya dalam pemeriksaan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sebuah inap desa di daerah Johor Bahru, awal pagi tadi.

Wanita berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 1.05 pagi selepas pemeriksaan berkala dijalankan di beberapa lokasi sekitar bandar ini.

JAINJ dalam kenyataan memaklumkan, penguat kuasa pada mulanya mendapati banyak kenderaan diletakkan berhampiran inap desa berkenaan yang mempunyai beberapa bilik.

Menurutnya, ketika pemeriksaan dilakukan di sebuah bilik, tiada sesiapa membuka pintu walaupun penguat kuasa sudah mengetuknya. Bagaimanapun, bilik itu disyaki berpenghuni kerana pendingin hawa masih terpasang.

“Kira-kira lima minit kemudian, seorang lelaki yang hanya berseluar pendek dan tidak berbaju membuka pintu. Penguat kuasa memperkenalkan diri sebelum masuk untuk menjalankan pemeriksaan lanjut.

“Suasana bilik agak samar. Sebaik lampu dibuka, penguat kuasa menemukan seorang wanita berselimut di atas katil. Hasil soal siasat mendapati kedua-duanya mengaku tidak mempunyai ikatan yang sah,” katanya dalam kenyataan itu.

Siasatan mendapati wanita berkenaan masih berstatus isteri orang dan bekerja di Kluang, manakala lelaki berusia lingkungan 30-an itu masih bujang dan bekerja di daerah berkenaan.

Ketika ditanya mengenai suaminya, wanita itu memaklumkan mereka berhadapan masalah rumah tangga dan sedang dalam proses perceraian.

Kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 atas kesalahan berkhalwat.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here