Pekerja sambilan kuil haram didakwa edar 12.8kg heroin

SEORANG pekerja sambilan di sebuah kuil haram dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang, Jumaat lalu, atas pertuduhan mengedar 12.8 kilogram (kg) heroin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Rahuraman William, 34, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Azilah Mat berikutan kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mengedar 12,835 gram heroin di sebuah kuil di Taman Menara Maju, Kampung Jawa, pada jam 7 malam, 14 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Jika tidak dijatuhi hukuman mati, pesalah boleh dikenakan hukuman sebatan tidak kurang daripada 15 kali.

Tertuduh diwakili peguam, Mark Jeyakumar, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Salman Alfarisi Nawawi.

Mahkamah menetapkan 8 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes, lapor Harian Metro.

Sebelum ini, media melaporkan sebuah kuil haram di Klang antara dua premis yang diserbu polis selepas heroin dikesan disimpan di dalam sebuah stor sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati kuil tidak berdaftar itu dibina di atas kawasan yang tidak diwartakan bagi rumah ibadat.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here