ORANG ramai dijemput untuk memeriahkan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) 2026 yang bakal membuka tirainya esok, 30 Oktober sehingga 1 November 2026 di Dataran MPKj @ Stadium Kajang, Selangor.

Karnival tiga hari yang beroperasi dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam ini bakal menyajikan pelbagai aktiviti menarik dan menjadi platform terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga serta rakan-rakan. Penganjuran HPPK 2026 kali ini bertujuan untuk memberi sokongan padu kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil tempatan, yang merupakan antara penggerak utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Kemuncak karnival ini adalah majlis perasmian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahmad. Orang ramai dialu-alukan hadir bagi memberikan sokongan kepada perniagaan tempatan sekali gus merancakkan lagi sektor ekonomi domestik sepanjang program berlangsung.





