Pusat Media PRN Melaka dibuka di Hotel Mudzaffa, Ayer Keroh

KEMENTERIAN Komunikasi menerusi Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporatnya akan membuka pusat media di Hotel Mudzaffa, Ayer Keroh  untuk kemudahan pengamal media sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporat, Kementerian Komunikasi Naim Fahmi Ahmad Tajuddin berkata pusat media itu beroperasi dari 30 Okt hingga 14 Nov dari 9 pagi hingga 7 malam.

“Kementerian Komunikasi juga mengaktifkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh Melaka sebagai pusat media sokongan dengan waktu operasi NADI, iaitu dari 9 pagi hingga 6 petang.

“Senarai NADI boleh disemak di pautan https://www.nadi.my/lokasi-nadi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

DUN Melaka dibubarkan pada 23 Sept dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 Nov sebagai hari pengundian PRN Melaka manakala penamaan calon pada 31 Okt dan pengundian awal 10 Nov.

Sebanyak 687,697 pemilih layak mengundi pada pilihan raya negeri itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here