Wanita warga emas hilang ditemukan lemas di Sungai Perak

WANITA warga emas yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jeti Kampung Terengganu, Teluk Intan, Selasa lalu, ditemukan lemas hari ini.

Mayat Heng Heng Kem, 74, ditemukan unit anjing pengesan (K9) pada jam 10.50 pagi dalam keadaan terapung di kawasan Batu 8, kira-kira 30 kilometer dari lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi pencarian memasuki hari ketiga dengan pencarian di permukaan air mengikut alur Sungai Perak ke arah hulu dan hilir.

“Mayat mangsa dibawa naik melalui Jeti Pokok Asam sebelum diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Pada Selasa lalu, JBPM menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu menerusi talian MERS 999 pada jam 3.54 petang.

Sepasukan anggota kemudian digerakkan ke lokasi dan menemukan sebuah motosikal serta sepasang kasut milik mangsa di tebing sungai.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here