‘’Jatuhkan kerajaan adil..hukumnya adalah haram’’ – Syeikh Wazir

SEBARANG usaha atau gerakan untuk menjatuhkan pemerintahan yang mentadbir secara adil adalah ditegah dan hukumnya haram di sisi Islam, kata tokoh ulama Kelantan Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki.

Penasihat Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan itu berkata tindakan sedemikian mengingatkan beliau kepada sejarah golongan Khawarij yang menentang pemerintahan Saidina Uthman RA dan berperang dengan Saidina Ali RA.

Beliau berkata perbuatan sedemikian tidak wajar berlaku khususnya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Hukumnya adalah haram! Menjatuhkan kerajaan yang adil, hukumnya adalah haram. Orang yang berusaha menjatuhkan pemerintahan yang adil adalah (bersifat) Khawarij,” katanya ketika berucap pada Program Sebarkan Salam@Kota Bharu Berselawat di pekarangan Masjid Muhammadi di Kota Bharu malam tadi.

Program berkenaan turut dihadiri oleh Anwar, Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dan Timbalannya, Marhamah Rosli.

 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dan Timbalannya, Marhamah Rosli.semasa program Sebarkan Salam: Kota Bharu Berselawat di Masjid Jamek Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan, malam tadi.

Abdul Rahman Omar pula berkata tindakan segelintir pihak yang berterusan cuba menggugat kepimpinan negara sebagai perbuatan tidak bersyukur atas nikmat kestabilan sekali gus mencerminkan sifat munafik.

Mudir Pondok Aur Cina itu berkata pelantikan seorang pemimpin pada hakikatnya adalah ketetapan dan ketentuan Allah SWT manakala sokongan manusia serta proses pemilihan hanyalah bertindak sebagai asbab dan wasilah.

“Kita berdoa kepada Allah minta dipanjangkan umur beliau (Anwar) supaya dapat beliau memegang kerajaan ini sepanjang hayat kita, (supaya kita) dapat mengecap lebih banyak lagi nikmat yang akan diberi kepada kita semua, insya-Allah.

​”Jadi, manusia ini sebenarnya apa pun tidak senang hati dia itu, itu orang munafik… tak bersyukur atas nikmat Allah… tak bersyukur atas kebaikan pemimpin-pemimpin yang begitu aman… kita tak boleh buat begitu,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here