MIPP tarik diri: Bukti parti bukan Melayu kurang pengaruh dalam PN – Dr.Mazlan

TINDAKAN  Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) menarik diri untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bersama Perikatan Nasional (PN) menyerlahkan kekurangan pengaruh parti komponen bukan Melayu gabungan itu dalam rundingan pembahagian kerusi dengan Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu penganalisis politik Dr.Mazlan Ali berkata, ia sekaligus berisiko mengukuhkan persepsi bahawa PN masih berpihak kepada kepentingan politik Melayu-Islam.

Katannya, keputusan itu juga mencerminkan rasa tidak puas hati MIPP terhadap kegagalan PN melindungi kepentingan parti komponennya.

“MIPP telah menjelaskan pendiriannya ia sebuah parti berprinsip dan bermaruah yang tidak akan diketepikan apabila menerima kerusi marginal yang tiada peluang untuk menang” katanya kepada utusanmelayuplus.

Mengenai kerusi yang ditandingi oleh PN, Dr.Mazlan berkata, Pas sebagai parti dominan dalam gabungan, dilihat tunduk kepada UMNO apabila menerima peruntukan hanya lima kerusi untuk parti itu dan sekutunya bertanding.

Katanya, Pas seolah-olah menganggap MIPP tidak mempunyai pengaruh besar dari segi pilihan raya, khususnya dalam menarik sokongan pengundi India, meskipun kehadiran parti itu masih penting untuk mengukuhkan imej PN di peringkat nasional.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here