Suspek jual pas palsu GP Malaysia kakitangan sementara – SIC

SUSPEK yang ditahan berhubung kes penjualan pas tidak sah Grand Prix (GP) Malaysia 2026 adalah kakitangan sementara yang diambil bekerja khusus untuk acara berkenaan.

Dalam satu kenyataan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berkata, penjelasan itu diberikan bagi memperbetulkan khabar angin yang tersebar di media sosial berhubung identiti individu berkenaan.

Kata SIC, suspek yang ditahan itu juga bukan individu bernama ‘Aqil’ seperti yang didakwa dalam khabar angin yang tersebar dalam talian.

SIC memaklumkan individu berkenaan ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada malam semalam susulan siasatan dalaman yang dijalankan dengan kerjasama pihak polis.

Tindakan undang-undang kini sedang dijalankan terhadap individu terbabit.

Dalam kenyataan sama, SIC menegaskan pihaknya tidak pernah memberi kebenaran untuk pengeluaran atau penjualan pas acara berkenaan kepada orang awam.

Sebaliknya, pas terbabit hanya dikhususkan kepada petugas acara yang diberi kuasa dan bukan untuk dijual kepada orang ramai.

SIC turut menegaskan pihaknya tidak mengiktiraf mana-mana penjual pihak ketiga yang tidak mendapat kebenaran.

“Jangan membeli tiket atau pas daripada sumber yang tidak mendapat kebenaran. Sentiasa berhati-hati, dapatkan maklumat daripada sumber yang sah dan hanya merujuk kepada saluran komunikasi rasmi SIC,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, tular di media sosial aduan beberapa individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan penjualan pas palsu GP Malaysia, apabila tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan litar.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here