MCA-DAP berbalas kenyataan soal pembahagian kerusi…siapa yang tunduk?

PRESIDEN Datuk Seri Wee Ka Siong dan Ketua DAP Melaka Khoo Poay Tiong hari ini saling berbalas kenyataan berhubung pembahagian kerusi melibatkan gabungan parti masing-masing.

Khoo mendakwa, maruah MCA tercalar apabila tunduk kepada UMNO dan Pas dalam rundingan kerusi, manakala Ka Siong  pula berkata, DAP wajar bermuhasabah susulan kehilangan kerusi Bemban kepada Bersatu.

Kata Siong berkata, MCA sudah pun menjangkakan pengurangan agihan kerusi bagi pilihan raya 14 Nov itu, memandangkan kompromi tidak dapat dielakkan apabila parti politik bekerjasama.

Katanya, MCA sejak awal lagi telah menegaskan kesediaan melepaskan beberapa kerusi demi memberi ruang kepada rakan sekutu bagi PRN tersebut.

Beliau berkata, MCA juga terpaksa melepaskan beberapa kerusi pada PRN Negeri Sembilan 1 Ogos lepas, ketika Barisan Nasional (BN) turut bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

“Kerjasama politik menuntut persefahaman bersama dan kompromi, kerana tiada ruang untuk rakan sekutu jika setiap parti berkeras mahu tambah kerusi masing-masing,” katanya, lapor Sin Chew.

Ka Siong  mempersoalkan mengapa DAP menyerahkan Bemban kepada Bersatu selepas pada awalnya menyatakan hasrat untuk terus bertanding di kerusi campuran itu.

“Khoo sebelum ini isytihar DAP pasti tandingi kerusi Bemban, tetapi kini tidak. Jika Bemban kerusi yang begitu bagus, mengapa Pakatan Harapan (PH) tidak letak calon di sana?

“Kenapa PH tidak bertanding di kesemua 28 kerusi? Kena ada pertimbangan sendiri dan perlu kerjasama dengan pihak lain. Kami secara kasarnya faham kenapa,” katanya.

 

Menjawab kenyataan Ka Siong, Khoo berkata, DAP sejak awal telah menjelaskan bahawa ia hanya akan bertanding di tujuh kerusi, tidak termasuk Bemban, sebagai sebahagian strategi pilihan rayanya.

Ahli Parlimen Kota Melaka itu berkata, situasi DAP tidak sama seperti MCA kerana komponen PH itu hanya melepaskan satu kerusi, manakala MCA hilang tiga kerusi.

“Mengenai kenyataan Wee berhubung ‘perjanjian dengan Bersatu’, hakikatnya hampir separuh daripada tujuh kerusi yang ditandingi Bersatu bertembung dengan PH,” kata Khoo, lapor Nanyang Siang Pau.

Setiausaha organisasi DAP itu bagaimanapun mengakui segelintir akar umbi parti tidak berpuas hati Bemban diserahkan kepada Bersatu, namun merayu agar mereka memahami keperluan di sebalik keputusan ‘pedih’ itu.

Khoo berkata, DAP perlu mengambil kira rundingan menyeluruh PH serta strategi pilihan raya yang lebih luas



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here