‘’Tiada kelewatan kaji,teliti Kertas Enkuiri Polis libat Ismail Lasim

‘’Tiada kelewatan kaji,teliti Kertas Ekuiti Polis libat Ismail Lasim

JABATAN Peguam Negara (AGC) menegaskan, tiada kelewatan dalam mengkaji dan meneliti Kertas Enkuiri Polis (KEP) atau kertas siasatan membabitkan laporan berkaitan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, KEP membabitkan siasatan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan sudah dirujuk kepada jabatan itu pada 29 September lalu.

Beliau berkata, KEP berkenaan sudah diminit keluar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 7 Oktober lalu.

“Kemudian, KEP berkenaan diklasifikasikan semula kepada kertas siasatan oleh PDRM bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan yang dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu baharu saja dirujuk kepada AGC pada Jumaat lalu (30 Oktober) dan sekarang dalam kajian serta penelitian AGC,” katanya lapor Buletin TV3.

Mohd Dusuki berkata, pihaknya menegaskan bahawa tidak terdapat sebarang kelewatan di pihak jabatan itu dalam mengkaji dan meneliti KEP atau kertas siasatan dikemukakan oleh PDRM.

Har ini Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin berkata, rakyat Negeri Sembilan masih menantikan perkembangan kes itu walaupun polis sudah melengkapkan siasatan dan menyerahkan kertas siasatan kepada AGC pada 29 September lalu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here