SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang anggota polis yang disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM15,000 daripada seorang pengedar dadah dua tahun lepas.
Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 30-an berkenaan dipercayai menerima sogokan itu sebagai balasan bagi melindungi kegiatan pengedaran dadah serta menghalang tindakan penguatkuasaan undang-undang di negeri berkenaan.
Sumber itu memberitahu, anggota polis terbabit ditahan kira-kira 2 petang t ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah, di Alor Setar.
“Siasatan awal mendapati dia disyaki melakukan perbuatan itu sepanjang 2024 dan dipercayai menerima wang rasuah antara RM200 hingga RM2,500 setiap bulan melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya,” menurut kenyataan itu.
Pengarah SPRM Kedah Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.





