Pelakon Cico Harahap meninggal dunia

ANAK kepada penyanyi legenda Uji Rashid iaitu Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau lebih dikenali sebagai Cico Harahap, 48, meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Berita duka pemergian pelakon berkenaan disahkan oleh Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Sandakiah Azez.

Menurut Sandakiah, Allahyarham Cico telah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak seminggu lalu akibat mengalami masalah kesukaran bernafas.

“Mulanya Cico dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), namun dipindahkan ke wad biasa pada Khamis lalu. Bagaimanapun, punca kematiannya masih belum dapat dipastikan,” katanya.

Allahyarham Cico yang mula aktif dalam bidang lakonan sejak 1993 pernah mengalami masalah kesihatan serius pada penghujung tahun 2016.

Selain mendapatkan rawatan hospital, ibunya turut membawa Allahyarham ikhtiar menjalani perubatan Islam.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here