Lelaki tular mengamuk ditahan, positif dua jenis dadah

SEORANG lelaki yang tular di media sosial kerana didakwa kerap mengamuk sehingga mengganggu ketenteraman awam ditahan polis di hadapan sebuah kedai kopi di daerah Keningau, semalam.

Lelaki tempatan berusia 47 tahun itu ditahan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Keningau kira-kira jam 3.30 petang susulan aduan orang awam berhubung tindakannya yang mengganggu aktiviti harian masyarakat.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Erwansyah Abdul Basir berkata, suspek ditahan di pekarangan kedai kopi berkenaan selepas perbuatannya turut mendapat perhatian pengguna media sosial.

Beliau berkata, suspek dibawa ke Balai Polis Keningau sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dua jenis dadah iaitu methamphetamine dan amphetamine.

“Suspek kini ditahan dan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Erwansyah berkata, polis sentiasa memantau kegiatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menimbulkan keresahan masyarakat.

Katanya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengancam keselamatan serta kesejahteraan penduduk di daerah berkenaan.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya segera menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mengesan perlakuan mencurigakan atau kejadian yang boleh mengganggu ketenteraman awam.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here