11 warga Thailand disyaki terbabit sindiket penipuan dalam talian

SERAMAI 11 warga Thailand termasuk tujuh wanita ditahan selepas dipercayai terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian yang menjadikan sebuah unit pangsapuri di Taman Kota Shahbandar, Melaka, sebagai pusat operasi panggilan.

Semua suspek berusia antara 18 hingga 36 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira jam 10.10 malam kelmarin oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Melaka Tengah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan itu sejak awal Oktober lalu, namun belum menerima sebarang bayaran gaji.

“Sindiket berkenaan menggunakan taktik menyamar sebagai pegawai khidmat pelanggan agensi penguat kuasa sebelum menghubungi mangsa bagi melakukan penipuan dalam talian yang menyasarkan warga Thailand.

“Polis turut merampas 11 komputer riba, 11 telefon bimbit dan sebuah penghala rangkaian (router) Unifi yang dipercayai digunakan dalam kegiatan itu.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM20,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Halim berkata, semua suspek direman selama empat hari bermula 10 hingga 13 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420/120B Kanun Keseksaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here