Bot karam: Tiga kru vesel nelayan hilang, seorang diselamatkan

TIGA kru vesel nelayan, termasuk tekong, masih hilang selepas bot dinaiki mereka dipercayai tenggelam di perairan Kuala Teriang, Langkawi, petang semalam.

Seorang lagi kru, Basri Mohd. Nor, 47, berjaya diselamatkan sebuah vesel nelayan tempatan yang berada berhampiran lokasi kejadian sebelum dipindahkan ke Bot Penyelamat 5 Maritim Malaysia.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 4.35 petang.

Menurutnya, pemilik vesel membuat laporan selepas gagal menghubungi bot miliknya yang dipercayai tenggelam di perairan berkenaan.

“Bagaimanapun, tiga lagi kru termasuk tekong vesel, Kee Swee Kiat, 51, masih belum ditemukan dan operasi pencarian diteruskan bagi mengesan kesemua mangsa yang masih hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat disambung semula pada jam 7.30 pagi tadi dengan melibatkan KM Sugut dan Bot Kilat 6 Maritim Malaysia serta bot PLC 5 milik Pasukan Polis Marin (PPM).



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here