Upah RM50 setiap penghantaran, pemuda ditahan edar dadah 40 kali dalam seminggu

SEORANG pemuda berusia 23 tahun dipercayai menerima upah sehingga RM2,000 bagi setiap tugasan penghantaran dadah selepas melakukan 40 transaksi dalam tempoh seminggu sebelum ditahan polis, Sabtu lalu.

Suspek ditahan dalam serbuan di kawasan tempat letak kereta dan sebuah apartmen di Kuantan, kira-kira jam 7.50 malam.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, operasi itu turut membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah seberat 48,329.85 gram bernilai RM711,452.

Rampasan membabitkan 6,627.56 gram serbuk MDMA, 41,650 gram cecair MDMA, 41.94 gram ketamin, 8.98 gram pil ekstasi dan 1.37 gram pil Erimin 5.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek menerima arahan menerusi aplikasi Telegram dan WeChat untuk menghantar bekalan dadah ke lokasi ditetapkan.

“Suspek mengaku menerima bayaran RM2,000 atau RM50 bagi setiap penghantaran selepas melakukan 40 transaksi dalam tempoh seminggu.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan keputusan ujian saringan air kencingnya negatif dadah.

“Suspek direman selama tujuh hari sehingga 14 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(2), Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, hari ini, lapor BH.

Polis turut menjalankan siasatan mengikut Akta Dadah (Perlucuthakan Harta) 1988 terhadap sebuah kenderaan milik suspek yang dianggarkan bernilai RM20,000.

Dadah yang dirampas itu berpotensi merosakkan 29,207 individu sekiranya terlepas ke pasaran.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here