Gangguan Microsoft 365 berpunca isu teknikal, bukan serangan siber – NACSA

GANGGUAN perkhidmatan Microsoft 365 yang berpotensi menjejaskan pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia dikenal pasti berpunca daripada masalah teknikal atau infrastruktur dan bukannya serangan siber.

Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, insiden itu membabitkan beberapa aplikasi utama Microsoft termasuk Outlook, Teams, SharePoint, Microsoft 365 Copilot dan Defender XDR.

AGENSI Keselamatan Siber Negara

“Berdasarkan maklumat semasa, gangguan ini lebih cenderung berpunca daripada isu teknikal atau infrastruktur dan bukan serangan siber,” menurut hantaran itu.

Susulan kejadian berkenaan, Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara (NC4) di bawah NACSA menyarankan semua agensi kerajaan serta entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII) menyemak status perkhidmatan masing-masing bagi mengenal pasti sebarang gangguan.

“Semua pihak berkaitan diminta memastikan pemantauan keselamatan siber tidak terganggu dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini daripada Microsoft,” menurut hantaran itu lagi.

NACSA turut meminta mana-mana organisasi yang mengalami gangguan operasi supaya segera melaporkannya menerusi saluran pelaporan sedia ada bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here