Pasangan suami isteri ditemukan meninggal dunia dalam rumah

SEPASANG suami isteri ditemukan meninggal dunia di ruang berasingan di tingkat atas kediaman mereka di Bandar Tasik Kesuma, Beranang di Semenyih petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.31 petang.

ASISTEN Komisioner Naazron Abdul Yusof

Katanya, pemeriksaan awal di lokasi mendapati kedua-dua mangsa yang berusia lingkungan 30-an ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa.

“Hasil pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang petunjuk jelas yang menunjukkan wujudnya unsur jenayah.

“Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca kematian,” katanya kepada media hari ini.

Menurutnya, kes setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sementara menunggu hasil bedah siasat dan siasatan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Sarjan Mejar Anif Jawawi di talian 016-606 1659 bagi membantu siasatan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here