Penunggang motosikal maut digilis lori

SEORANG lelaki maut digilis sebuah lori dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Pelabuhan Barat menghala ke Shah Alam, di Klang malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa berusia 50 tahun dipercayai hilang kawalan selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori ketika cuba memotong kenderaan berat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.36 malam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang berada di tengah jalan cuba memotong sebuah lori di lorong kanan sebelum motosikal ditunggangnya bergesel dengan kenderaan berat itu.

“Akibat pergeseran itu, mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh di laluan kiri jalan sebelum digilis sebuah lagi lori yang berada di lorong berkenaan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Klang Selatan atau pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Mustakin Najri di talian 012-582 6983,” katanya.

Tambahnya, pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here