Peserta program Himpunan 125AR maut dalam kemalangan

SEORANG peserta program Himpunan 125ZR Members 2.0 maut selepas motosikal ditunggangnya kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 5.7 Jalan Pantai, di Port Dickson pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Ahmad Afiq Mohd Adnan berkata nahas kira-kira 4.30 pagi menyebabkan lelaki tempatan berusia 28 tahun dari Petaling Jaya, Selangor itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati Perodua Axia dipandu wanita tempatan berusia 29 tahun itu dari arah Batu 4 Jalan Pantai menghala ke Taman Intan Duyung.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan dan melanggar kereta berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta mengalami kecederaan ringan manakala penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di hari ini.

Ahmad Afiq berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Port Dickson dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here