Netanyahu arah serang segera Gaza…teruskan genosid, cabul gencatan senjata sebab akan dibela AS

SEPERTI dijangka rejim Zionis yang mendaoat sokongan padu Amerika Syarikat (AS) khususnya Setiausaha Luarnya, Marco Rubio melancarkan serangan terbaru ke atas Gaza.

Semalam, beberapa orang awam Palestin terbunuh dan cedera selepas siri serangan udara baharu dilancarkan oleh tentera Israel di seluruh Semenanjung Gaza, sekali gus mencabuli perjanjian gencatan senjata yang baru diumumkan.

Menurut sumber WAFA, serangan dron Israel telah menyasarkan rumah keluarga al-Banna di kawasan al-Sabra, selatan Bandar Gaza, menyebabkan empat orang terbunuh dan sembilan yang lain cedera, termasuk seorang kanak-kanak dan seorang bayi. Beberapa mangsa lain dilaporkan masih hilang di bawah runtuhan.

Dalam kejadian berasingan, seorang penduduk terbunuh dan beberapa yang lain cedera apabila tentera Israel mengebom khemah yang menempatkan pelarian di selatan kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.

Selain itu, lima orang terbunuh apabila tentera Israel menyerang sebuah kenderaan di Khan Yunis, di selatan Semenanjung Gaza.

Serangan udara Israel turut mensasarkan kem pelarian al-Shati, kawasan sekitar Jalan Abu Hasira di barat Bandar Gaza, serta kawasan al-Zeitoun di timur bandar tersebut. Artileri Israel turut mengebom kawasan timur Deir al-Balah di tengah Gaza.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan tenteranya untuk melancarkan “serangan kuat dan segera” ke atas Semenanjung Gaza.

Sumber perubatan melaporkan bahawa angka korban di Semenanjung Gaza kini meningkat kepada 68,531 orang, kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan pencerobohan Israel pada 7 Oktober 2023.

Jumlah mangsa yang cedera turut meningkat kepada 170,402 orang, manakala ribuan lagi masih terperangkap di bawah runtuhan dan tidak dapat diselamatkan oleh pasukan perubatan.

Sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Oktober, seramai 94 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dan 344 yang lain cedera. Pihak berkuasa turut memaklumkan bahawa 474 mayat telah ditemui di beberapa lokasi, dan daripada 195 mayat yang dipulangkan oleh Israel, sebanyak 75 telah dikenal pasti setakat ini.

Israel mencabul gencatan senjata mereka tahu bahawa AS khusus Rubio akan mempertahankan tindakan mereka seperti berlaku Isnin lalu.

Marco Rubio bersama Benjamin Netanyahu.

Rubio ketika itu, berkata bahawa Washington tidak menganggap serangan yang dilakukan oleh Israel — yang didakwa menyasarkan seorang ahli kumpulan militan Palestin di Gaza — sebagai satu pelanggaran terhadap gencatan senjata yang disokong oleh AS.

Israel mendakwa ia telah menyerang seorang anggota kumpulan Jihad Islam pada Sabtu, dengan menuduh individu itu merancang untuk menyerang tentera Israel.

 Namun, Jihad Islam menafikan dakwaan tersebut. Bercakap di dalam pesawat Presiden Donald Trump semasa lawatan ke Asia,

Rubio berkata: “Kami tidak menganggap perkara itu sebagai pelanggaran terhadap gencatan senjata.”

Diplomat tertinggi AS itu menambah bahawa Israel tidak melepaskan haknya untuk mempertahankan diri sebagai sebahagian daripada perjanjian yang diusahakan oleh Amerika Syarikat, Mesir dan Qatar — yang menyaksikan kumpulan utama di Gaza, Hamas, membebaskan baki tebusan yang masih hidup bulan ini.

Sudah pastilah inilah alasan yang akan digunakan oleh Israel untuk meneruskan perangancan genosid mereka.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img