Lanjut gencatan senjata helah Trump tutup malu kalah melawan Iran

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang berpakat dengan pengganas antarabangsa Benjamin Netanyahu untuk menyerang Iran kini menjadi bahan ketawa dunia apabila sekali lagi melanjutkan gencatan senjata dengan Iran tanpa had masa, atas alasan permintaan Pakistan.

Dalam kenyataan di platform media sosial Truth Social, Trump berkata Washington diminta oleh Panglima Tentera Pakistan, Asim Munir dan Perdana Menteri, Shehbaz Sharif supaya menangguhkan tindakan ketenteraan terhadap Iran sehingga kepimpinan negara itu dapat merangka cadangan yang disepakati.

“Saya telah mengarahkan pihak tentera untuk meneruskan sekatan dan pada masa sama kekal bersedia dalam semua aspek. Gencatan senjata akan dilanjutkan sehingga cadangan tersebut dikemukakan dan rundingan dimuktamadkan,” katanya.

Seperti biasa Trump yang dilihat semakin banyak berhalusinasi mendakwa kepimpinan Iran ketika ini berada dalam keadaan berpecah.

Keputusan Trump bagaikan disambut dengan senyum sindir oleh Iran apabila menurut laporan Tasnin News Agency negara itu tidak meminta lanjutan gencatan senjata tersebut.

Sehubungan itu Iran mereka menyifatkan pengumuman Trump mengenai lanjutan gencatan senjata tanpa had boleh membawa beberapa maksud iaitu:

*Trump telah kalah dalam perang. Beliau telah menguji dan melaksanakan semua senario yang mungkin sepanjang perang.

Trump mengetahui bahawa beliau tidak akan mencapai apa-apa melalui peperangan, maka beliau menganggap keluar daripada perang sebagai jalan terbaik untuk dirinya. Walaupun beliau meneruskan perang dengan keputusan yang tidak bijak, beliau tetap tidak akan mencapai apa-apa.

*Walaupun perang itu tidak membawa sebarang pencapaian kepada Amerika Syarikat, Trump mungkin melakukan apa sahaja, termasuk penipuan melalui pelbagai cara, antaranya lanjutan gencatan senjata. Trump mungkin mendakwa melanjutkan gencatan senjata, tetapi kemudian pentadbiran Amerika Syarikat yang sama atau sekutu serantaunya (Israel) boleh melaksanakan tindakan keganasan.

Maklumat yang diperoleh Tasnim menunjukkan bahawa pegawai Iran memantau rapat kemungkinan tersebut dan Iran tidak memandang ringan senario berkenaan.

*Kemungkinan ialah Amerika Syarikat akan menarik diri daripada perang dan Israel akan kekal dalam konflik ini dengan alasan pelanggaran gencatan senjata di Lubnan.

Namun, Amerika sebelum ini telah diberi amaran bahawa ia tidak boleh secara unilateral keluar daripada perang dan membiarkan Israel terus berperang.

*Sekatan laut yang berterusan bermakna permusuhan masih berlanjutan; Iran tidak akan membuka Selat Hormuz sekurang-kurangnya selagi sekatan laut masih berkuat kuasa, dan akan memecahkan sekatan tersebut dengan kekerasan jika perlu.

* Amerika Syarikat berusaha mengekalkan bayangan perang ke atas Iran dan mengekalkan ekonomi serta politik Iran dalam keadaan tergantung.

Amerika Syarikat percaya keadaan di Iran sama seperti selepas perang 12 hari. Namun, tempoh semasa mempunyai perbezaan asas, iaitu kawalan Iran ke atas Selat Hormuz. Jika Amerika mahu mengekalkan bayangan perang, ia perlu mengetahui bahawa Selat Hormuz akan kekal ditutup sepenuhnya.

Kesimpulannya bukan kata Trump malah Amerika Syarikat sendiri kini menjadi bahan ketawa dunia. Trump sebenarnya sudah kalah kepada Iran. Segala kenyataan beliau yang mendakwa kepimpinan Iran berpecah dan ketenteraan negara republik Islam itu semakin lemah hanyalah khayalan.

Hakikatnya, Trump sudah kalah berperang dengan Iran. Atas sebab itulah untuk menutup malu Israel yang awalnya sama-sama berpakat dengan Amerika Syarikat menyerang Iran, kini beralih kepada  untuk menghancurkan Selatan Lubnan.

Ia kerana Israel tahu kekuatan tentera Iran dan mereka tidak mahu mengambil risiko oleh itu negara pengganas itu hanya mahu berperang dengan Hezbollah yang mampu mereka kalahkan.

Justeru keputusan Trump itu dilihat lebih kepada usaha mahu menutup malu selepas Amerika Syarikat dilihat tidak mampu melawan Iran. Oleh itu beliau menggunakan alasan bersetuju dengan permintaan Pakistan untuk melanjutkan gencatan senjata.

Akhirnya kejahilan Trump mengikut telunjuk Netanyahu menyebabkan tidak fasal-fasal Amerika Syarikat terpaksa menghabiskan  Trilion Ringgit dan mengorbankan rakyatnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img