Kerjasama BN-PN belum mampu pulihkan kepercayaan bukan Melayu terhadap Pas – Syaza

KERJASAMA antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masih belum berjaya meyakinkan pengundi bukan Melayu untuk menerima Pas sebagai sebahagian daripada gabungan politik itu, khususnya di kawasan yang menjadi kubu kuat DAP.

Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Syaza Farhana Mohamad Shukri berkata, usaha kedua-dua gabungan mendapatkan sokongan merentas kaum masih belum membuahkan hasil seperti diharapkan.

PROF Madya Dr Syaza Farhana Mohamad Shukri

Menurutnya, cabaran itu turut memperlihatkan bahawa kerjasama politik antara BN dan PN belum cukup untuk mengatasi persepsi serta defisit kepercayaan pengundi bukan Melayu terhadap Pas.

“Jika BN yang mempunyai imej lebih inklusif berbanding PN pun masih berdepan kesukaran untuk memenangi kerusi DAP, cabaran yang dihadapi PN lebih besar memandangkan gabungan itu diterajui Pas.

“Saya percaya kerjasama ini masih tidak mencukupi kerana defisit kepercayaan pengundi bukan Melayu terhadap Pas masih tinggi,” katanya kepada utusanmelayuplus hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, PN memenangi tiga daripada lima kerusi yang ditandinginya, dengan Pas memperoleh kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil dan Paya Rumput.

Penyandang DUN Bemban, Dr Yadzil Yaakub daripada Parti Wawasan Negara (Wawasan), turut berjaya mempertahankan kerusi berkenaan.

Bagaimanapun, DAP mengekalkan penguasaan di kesemua empat kerusi DUN yang ditandinginya, iaitu Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir.

Parti itu menewaskan calon komponen PN daripada Wawasan dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) di Ayer Keroh serta Kesidang, selain calon MCA di Kota Laksamana dan Bandar Hilir.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here