Lori Maritim Malaysia elak kereta membelok mengejut, enam cedera

TINDAKAN seorang pemandu kereta membelok secara tiba-tiba menyebabkan sebuah lori Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan terbabit dalam kemalangan di Jalan Peringat-Bachok, berhampiran Kampung Padang Mokan di Kota Bharu hari ini.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 11.35 pagi membabitkan lori yang membawa empat anggota Maritim Malaysia serta dua orang kena tuduh (OKT) warga Bangladesh.

Ketika kejadian, kesemua mereka dalam perjalanan pulang ke pejabat Maritim Malaysia Negeri Kelantan di Tok Bali, Pasir Puteh selepas selesai urusan pertuduhan di mahkamah.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Kamal Mohamad berkata, keempat-empat anggota termasuk pemandu dan pengiring tidak mengalami kecederaan serius dalam kejadian itu.

Beliau berkata, kedua-dua OKT warga Bangladesh yang turut berada di dalam lori berkenaan juga dilaporkan selamat tanpa mengalami kecederaan serius.

“Alhamdulillah, semua anggota kita yang terlibat dalam kemalangan tengah hari tadi seramai empat orang termasuk pemandu dan pengiring hanya mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

“Dua OKT warga Bangladesh yang terlibat juga tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya kepada pemberita hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, kedua-dua OKT berkenaan kini ditempatkan di lokap pejabat Maritim Malaysia Negeri Kelantan selepas selesai mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here