Raja Muda Selangor berkenan ziarah mangsa banjir di SK Kebangsaan Parit Mahang

RAJA Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menziarah dan menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di di Pusat Pemindahan Sementara (PPS)  Sekolah Kebangsaan Parit Mahang, Kuala Selangor, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook, baginda berkongsi pengalaman bertemu dan meluangkan masa bersama keluarga yang terpaksa berpindah ke PPS berkenaan susulan banjir melanda kawasan itu.

Baginda turut diberikan taklimat mengenai situasi semasa banjir serta perkembangan operasi bantuan di kawasan berkenaan.

Dalam lawatan tersebut, bantuan wang ihsan (BWI) dan baucar sumbangan daripada Yayasan Sultan Selangor (YSS) serta Segi Fresh turut disediakan bagi membantu meringankan beban mangsa yang terkesan.

‘’Semoga semua mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Beta mendoakan agar keadaan kembali pulih seperti sediakala dan segala urusan dipermudahkan,’’ titah baginda.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here