Bayi perempuan ditikam selepas dilahirkan, ditanam di belakang rumah

SEORANG bayi perempuan yang baru dilahirkan dipercayai dibunuh ibunya sebelum mayat mangsa ditanam di belakang sebuah rumah di Pantai Remis pada 14 November lalu.

Perbuatan kejam itu terbongkar selepas seorang rakan suspek tampil membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, siasatan mendapati bayi berkenaan dipercayai ditikam sebanyak dua kali di bahagian dada pada hari kelahirannya kira-kira jam 1 petang.

Menurutnya, suspek wanita berusia 19 tahun itu kemudian meminta bantuan teman lelakinya untuk menanam mayat bayi berkenaan di belakang rumahnya.

“Suspek menceritakan perkara itu kepada rakannya. Rakannya yang berasa bersalah telah tampil membuat laporan polis.

“Kita juga menjumpai senjata yang dipercayai digunakan oleh suspek. Kedua-dua suspek ditahan reman bermula semalam hingga 23 November untuk siasatan lanjut,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh hari ini.

Mohd Alwi berkata, suspek wanita berkenaan akan dihantar menjalani pemeriksaan psikiatri bagi mengenal pasti keadaan mentalnya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, tambah beliau.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here