Pelajar pendidikan khas maut motosikal terbabas di Tanjung Karang

SEORANG pelajar pendidikan khas berusia 18 tahun maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di Jalan Ban 3, Tanjung Karang petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis SYM Bonus dari arah Tanjung Karang menghala ke Sawah Sempadan.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mengalami serangan sawan,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor BH.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat, katanya sambil memberitahu, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here