Suspek kes bunuh Sulaman Sentral ditahan di Jeti Tawau

LELAKI yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan di bangunan Sulaman Sentral, Kuala Manggatal, minggu lalu ditahan di Jeti Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Tawau, pagi tadi.

Suspek ditahan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau kira-kira jam 11 pagi selepas hampir seminggu diburu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain mengesahkan penahanan suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Penahanan itu turut tular menerusi video di media sosial yang memaparkan suspek diberkas anggota polis di kawasan jeti berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, Sabtu lalu, mangsa, Mohd Soberi Bakri, 31, maut selepas ditikam di dada di tingkat satu bangunan Sulaman Sentral.

Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dengan seorang penjual makanan di sebuah kafe berhampiran lokasi kejadian.

Suspek yang dipercayai tidak berpuas hati dengan penjual makanan terbabit dikatakan mengejarnya menggunakan sebilah pisau sebelum mangsa cuba meleraikan pertelingkahan itu.

Bagaimanapun, mangsa menjadi sasaran apabila ditikam di dada sebelum suspek melarikan diri.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here