Buruh Indonesia mengaku salah rogol anak tiri berusia 9 tahun

SEORANG buruh warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Tawau hari ini atas pertuduhan merogol anak tirinya yang berusia sembilan tahun, Januari lalu.

Tertuduh berusia 31 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol kanak-kanak perempuan berkenaan di sebuah rumah pekerja di sebuah kampung berhampiran sini, kira-kira jam 12 tengah malam, 19 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun serta sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Haikal Hazwan Md Yatin memohon satu tarikh sebutan semula bagi membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan fakta kes dan eksibit susulan pengakuan bersalah tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 Januari 2027 untuk sebutan semula sebelum keputusan dan hukuman ditetapkan, lapor Harian Metro.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam diperintahkan terus ditahan di Penjara Tawau sehingga tarikh berkenaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here